TKM Blades Malaysia Sdn Bhd.
H - 01 - 1,
Plaza Kelana Jaya,
Jalan SS 7/13a, Ss 7,
47301 Petaling Jaya
Selangor, Malaysia
tkms@tkmsg.com
Hasil cetakan yang sempurna hanya boleh tercapai apabila menggunakan penggelek anilox yang bersih.
Terokai rangkaian produk kami untuk pembersihan penggelek anilox.
Rakel FlexoTip dibangunkan khas untuk percetakan fleksografik (flexographic) dan menawarkan dua kelebihan utama apabila digunakan dalam sistem rakel kebuk. Selain menetapkan penggelek anilox pada 30°, ia juga menetapkan serong FlexoTip. Kedua-dua belah yang dibulatkan pada 30° ini memudahkan pemasangannya. Ketebalan rakel Flexotip bergantung pada kelurusan penggelek anilox. Disebabkan percetakan fleksografik konvensional tidak memerlukan serong lamela (kepingan nipis), maka rakel FlexoTip dengan ketebalan 0.15mm atau 0.2mm boleh digunakan dalam banyak aplikasi. Berbanding dengan rakel potong dan deburr (buang gerigi), rakel FlexoTip lebih pantas. Berbanding dengan rakel lamela pula, hayat penggunaannya lebih panjang.
Duroblade ialah “pelari marathon” dalam kalangan rakel. Ia dibangunkan khas untuk kegunaan pada penggelek anilox bersalut seramik, hayat penggunaannya tidak dapat ditanding oleh mana-mana rakel lain. Ia sesuai digunakan dalam keadaan dakwat sangat meleles untuk masa pengeluaran yang lebih panjang dan berprestasi cemerlang sebagai “pelari jarak jauh” dalam teknologi cetakan berdakwat. Duroblade klasik tersedia dalam pelbagai salutan untuk kegunaan dalam garisan resolusi rendah hingga sederhana (L/cm) dan Duroblade HL+ baharu untuk percetakan fleksografi HD-ready, bagi penggelek anilox resolusi sederhana hingga tinggi. Dengan ini, duroblades merangkumi keseluruhan spektrum percetakan fleksografik dan salutan.
Rakel kombi ialah produk rekaan khas untuk percetakan gravure. Salah satu masalah utama pada kebanyakan pencetak gravure ialah kehausan pramatang rakel lamela akibat kerosakan pinggir silinder. TKM telah membangunkan rakel kombi untuk menyelesaikan masalah ini.
Dengan mengangkat roda pengisar secara berkala di bahagian yang ditetapkan, corak pengisaran yang terbentuk memacu lamela mengecil secara perlahan-lahan sehingga mencapai keseluruhan ketebalan bahan. Oleh itu, rakel kombi hanya boleh dibekalkan dalam bentuk kepingan yang dipanjangkan secara individu dan bukannya dalam gulungan. Kelebihan rakel kombi adalah ia boleh digunakan pada pinggir silinder yang berkualiti lebih rendah sehingga lamela benar-benar haus, dan tidak perlu menukar rakel lebih awal.
Sehingga tahun 1970-an, semua rakel dikisar oleh pencetak sendiri. Ini membawa masalah nilai tonal tidak sekata akibat potongan tidak tepat. Oleh itu, rakel lamela telah dibangunkan. Ciri utamanya ialah pengisaran yang sekata kerana ia mempunyai zon sentuhan malar. Zon sentuhan ini berkekalan dalam julat toleransi ±5 µm sahaja. Disebabkan lamela sangat nipis, ketidaksamarataan pada silinder boleh dilaraskan dengan lebih baik berbanding dengan rakel baji konvensional. Sehingga hari ini, rakel lamela telah menjadi piawaian industri untuk percetakan gravure.
Rakel stabil yang dibangunkan oleh TKM ialah produk pelengkap rakel lamela. Disebabkan serong 2° pada rakel stabil yang dipatenkan ini, zon sentuhannya lebih besar berbanding rakel lamela. Bagaimanapun, disebabkan sudutnya sangat rata, maka zon sentuhan amat kecil. Ini sepadan dengan pisau rakel standard 1.3 mm, jaraknya kurang daripada 0.01 mm. Selain itu, rakel stabil lebih fleksibel, cthnya, ia dapat mengimbangi ketidaktepatan silinder. Kini, hampir separuh daripada rakel TKM yang dijual adalah rakel stabil.