ALAT UNTUK INDUSTRI PAPAN GERGAJI

Gergaji Pemotongan Kasar (Rough Milling)

Kami bertungkus rumus untuk menyediakan peralatan yang paling baik dan tepat untuk kegunaan bidang masing-masing.

Dengan kerjasama yang berterusan bersama pelanggan dalam penyelidikan dan pembangunan, TKM Group yakin untuk menghasilkan gergaji yang paling baik untuk kegunaan anda.

TKM Group menawarkan gergaji pemotongan kasar untuk semua pengeluar mesin kilang papan yang terkemuka.

info-icon

Gergaji Pemotongan Kasar (Rough Milling)

Pemotongan kasar memerlukan gergaji berprestasi tinggi kerana sifat semulajadi kayu yang tidak homogen dari segi ketumpatan dan kekuatan. Ia memerlukan gergaji hebat yang direka bentuk khas untuk menangani mod pemotongan dan ketinggian yang berbeza di peringkat awal pemprosesan ini.

Justeru itu, ketepatan dan hayat penggunaan adalah ciri-ciri penting gergaji pemotongan kasar kami. Ia penting sebagai titik tolak untuk melancarkan proses seterusnya.

Kemasan dan Spesifikasi

  • PEPEJAL (dikisar daripada bahan pepejal)
  • RIV (gergaji terpaku dalam dua bahagian)
  • SWITCH (gergaji diskrukan bersama dalam dua bahagian)
  • Semua versi berhujung karbida atau stellite
  • Pelbagai bentuk gigi (boleh berubah dll)
  • Pelbagai permukaan
  • Sehingga Ø 700 mm

Gergaji Bulat RIV

Untuk keperluan dan tujuan ini, kami membangunkan sejenis gergaji bulat "RIV" yang sangat unik dan eksklusif.

Ia adalah sejenis gergaji bulat yang diikat daripada dua bahagian. Alat ini bukan sahaja mempunyai ketegangan yang lebih baik dan getaran yang kurang, malah lebih mesra alam.

Kami juga menawarkan aksesori seperti pemotong tepian, gelang templat dsb.

Talian terus untuk anda

Sila hubungi kami di +60 (3) 7875 - 7669 atau melalui e-mel: tkms@tkmsg.com

Perlu segera? Sila isi borang dalam talian di bawah dan kami akan menghubungi anda secepat mungkin!