Kelestarian merupakan keutamaan terunggul di TKM Group. Tanggungjawab terhadap manusia dan persekitaran bermula dari keadaan kerja, rantaian bekalan dan pengeluaran. Ini termasuk pengauditan sistematik pembekal, penggunaan sumber secara cekap dan teliti, serta kurangkan pelepasan dan pembaziran di sepanjang kitaran hayat produk.
Pekerja kami diberi latihan dari segi perlindungan alam sekitar dan proses pengeluaran kami adalah berdasarkan sistem pengurusan alam sekitar dan tenaga yang diperakui, iaitu ISO 14001 dan ISO 50001.
Konsep kelestarian kami juga berlanjutan ke pihak pelanggan. Produk dan sistem yang cekap tenaga dapat mengurangkan penggunaan sumber. Pelanggan bukan sahaja mendapat manfaat daripada kualiti produk yang baik, tetapi juga keseimbangan tenaga yang lebih baik – kos tenaga yang lebih rendah – dan hayat penggunaan produk yang lebih panjang.