PISAU UNTUK INDUSTRI TISU TANDAS

Pisau Tebuk dan Tolak

TKM menyediakan pisau tebuk dan tolak untuk mesin yang tersedia dalam pasaran:

✔ Fabio Perini ✔ PCMC
✔ Futura ✔ Gambini
✔ Bao Suo ✔ Bretting
✔ MTC ✔ Dechangyu
  dan lain-lain

Kelebihan Pisau Tebuk dan Tolak TKM:

  • Rawatan haba secara dalaman
  • Menyediakan toleransi lebar yang lebih ketat mengikut permintaan
Peforiermesser_2
Soalan lazim berkaitan Pisau Tebuk dan Tolak
Apakah saiz pisau tebuk dan tolak?
Pisau tebuk dan tolak TKM tersedia dalam saiz-saiz berikut:

  • Panjang: sehingga 4.500mm
  • Lebar: dari 25.4mm - 50.0mm
  • Tebal: dari 1.067mm - 1.5mm
TKM menawarkan penebukan yang macam mana?

TKM mampu mengeluarkan apa-apa kelebaran penebuk dan lurah mengikut spesifikasi pelanggan.

Apakah kebaikan mempunyai toleransi lebar yang lebih ketat?
Toleransi lebar yang ditetapkan oleh pengeluar alat logam adalah +/- 0.02mm. Disebabkan pisau tolak (berlurah) digunakan dalam set 4 hingga 6 bilah, ia tidak boleh dialihsuai secara berasingan, dan ini akan meningkatkan risiko penghausan logam. Tetapi TKM mampu menawarkan toleransi lebar yang lebih kecil iaitu +/- 0.01mm.

Dua kelebihan toleransi lebar +/- 0.01mm:
  • Disebabkan toleransi lebar yang lebih kecil untuk seluruh set pisau, maka penyelarasan ke atas pisau tebuk lebih mudah selepas pemasangan
  • Penghausan yang lebih sedikit membolehkan hayat pisau menjadi lebih panjang

Talian terus untuk anda

Sila hubungi kami di+60 (3) 7875 - 7669 atau melalui e-mel: tkms@tkmsg.com

Perlu segera? Sila isi borang dalam talian di bawah dan kami akan menghubungi anda secepat mungkin!