PISAU UNTUK INDUSTRI VENIR DAN KAYU LAPIS

Pisau Venir & Pisau Pengupas Berputar

TKM Group menawarkan pisau venir dan pisau pengupas berputar untuk memenuhi segala keperluan pengelauran venir: Kualiti OEM menjamin ketebalan venir yang konsisten, permukaan licin tanpa perubahan warna, pemotongan lembut. Oleh yang demikian, struktur kayu adalah kuat pada keseluruhan keratan rentas, jeda pengasahan dipanjangkan, tidak mengubah bentuk, tahan lasak, sesuai digunakan untuk pemotongan nipis dan tebal.

 Sesuai untuk semua pengeluar mesin yang biasa, contohnya:

✔ Babcock ✔ Capital
✔ Corali ✔ Cremona
✔ Fezer ✔ Jusan
✔ Keller RFR ✔ Raute
✔ dan lain-lain  
info-icon

Pisau Venir & Pisau Pengupas Berputar

Fokus kami dalam "mengupas" dan "menghiris" venir adalah potongan tepat yang akan memberi kesan langsung pada kualiti dan dimensi produk siap nanti.

Atas sebab ini, pisau venir dan pisau pengupas berputar TKM dihasilkan mengikut piawaian tertinggi dalam pembuatan pisau industri paling canggih. Daripada pemilihan bahan mentah mengikut aplikasi, rawatan haba dalaman, ke spesifikasi pelanggan dan bahan yang akan dipotong, kami mengambil kira semua aspek untuk mereka bentuk pisau yang unik. Sesungguhnya, pisau venir dan pisau pengupas berputar kami direka bentuk untuk mencapai kualiti pemotongan yang terbaik dan hayat penggunaan yang maksimum.

Oleh yang demikian, pisau kami mampu memberikan ketebalan venir yang konsisten, permukaan yang licin dan homogen tanpa perubahan warna atau kerosakan pada struktur kayu yang unik.

Selain itu, reka bentuk khusus pisau kami juga mengurangkan bebanan kerja mesin dan jeda pengasahan semula kerana kurang bertukar bentuk di bahagian pemotongan nipis dan tebal, hayat penggunaanya juga panjang.

Ciri-ciri Teknikal

Dimensi Panjang sehingg 6000 mm, lebar sehingga 250 mm
Kekerasan Standard 56 ... 60 +- 1 HRc
Toleransi Kelurusan pemotongan [mm]: <3000 = 0,5 / >3000 = 1,0
Rawatan haba Melalui pengerasan atau pengerasan separa
Kualiti Permukaan sehingga Ra 0,25 µm

 

Kemasan & Spesifikasi

Bagi kami, pemilihan kayu balak yang sesuai untuk penghasilan produk pelanggan sama pentingnya seperti pemilihan keluli yang paling sesuai untuk pembuatan pisau. Berdasarkan pengalaman berdekad-dekad, kami menggunakan tiga kualiti asas yang khusus untuk aplikasi.

 

  • Compalloy / Compound : diperkukuhkan dengan teras keluli berprestasi tinggi yang dikeraskan
  • Solid / Ventan S : Keseluruhan dikeraskan oleh keluli berprestasi tinggi
  • Novacrom / Antannin : Keseluruhan dikeraskan, tahan karat, diperbuat daripada keluli krom aloi tinggi
  • Versi khas individu

furnier

 

Talian terus untuk anda

Sila hubungi kami di +60 (3) 7875 - 7669 atau melalui e-mel: tkms@tkmsg.com

Perlu segera? Sila isi borang dalam talian di bawah dan kami akan menghubungi anda secepat mungkin!