Cetakan & Pembungkusan

Rakel & Pisau Mesin untuk Industri Cetakan dan Pembungkusan

Produk kami mengagumkan kerana:

✔ Kualiti bahan yang dioptimumkan ✔ Bentuk kepingan nipis yang cekap ✔ Salutan yang inovatif

info-icon

Pisau Rakel yang hebat dapat mengoptimumkan produktiviti percetakan anda.

Selain rangkaian produk yang komprehensif dalam kategori rakel, pisau berprestasi tinggi dan alat ganti untuk industri cetakan dan pembungkusan, kami mempunyai daya kreativiti, penguasaan teknologi, perkhidmatan cemerlang dan hubungan peribadi secara langsung yang menyakinkan. Kami mampu menyokong anda dengan pengoptimuman proses pengeluaran anda bagi mencapai hasil cetakan yang menarik dan hayat penggunaan pisau yang lebih panjang.

Dengan adanya jabatan penyelidikan dan pembangunan dalaman, kami mampu:

  • Mengoptimumkan kualiti bahan
  • Mencapai bentuk kepingan nipis yang cekap
  • Menyediakan prosedur rawatan yang khas
  • Menghasilkan salutan yang inovatif
  • Terus melakukan penyelidikan, membangunkan, membuat dan menyampaikan produk baharu

Penyimpanan dan logistik kami disusun mengikut sistem pengurusan dan aliran kerja yang mendapat pensijilan. Ini dapat menjamin keupayaan kami untuk menyampaikan produk TKM secekap 100%.
TKM_Bildtemplateedit

Analisis Rakel

Kami menawarkan satu perkhidmatan yang istimewa iaitu analisis rakel dengan menggunakan pelbagai parameter. Untuk mencapai hasil pemotongan yang sempurna, semua parameter mestilah tepat dan jitu.

TKM Meyer

TKM Meyer GmbH yang bertapak di Bargteheide adalah pakar dalam industri cetakan dan pembungkusan. Di sini, pekerja kami bertungkus lumus untuk menghasilkan rakel dan pisau industri yang sempurna.

Ketahui lebih lanjut mengenai TKM Meyer

Talian terus untuk anda